Monday 23 April 2012

finally !! dapat jgak :)

haih, lama tak buka/check blog ni (fuhh fuhh!!) banyak betul sawang berkumpul kat sini. 


assalamualaikum semua :)


yess yess !! akhirnya akhirnya !! (cer teka cer teka, apa citernye ni?) mesti korang nak tahukan? anis da dapat kerja. so, tak yah pening kepala pikir mana nak "cekau" duit bayar kereta (Y) anis sekarang kerja dekat JUSCO (LINEA sejenis nama pakaian wanita yang b'badan comel :) ) haa, sekarang JUSCO tempat anis kerja ni banyak buat sale tau. ayuhh, datang b'ramai2 bawak 1 family kte shopping satu mall tu yew. 



haa, lagi 1, kawan yang kerja kat situ semua lebih kurang anis(lepasan SPM) dorang semua friendly tau. senang la kerja situ. ehh2, ada juga pelajar U yang cuti sem kerja situ. bestt! so sekarang anis ada ramai kawan :) sukanyeee !! (opss! tergedik pulak) haa, nnti kalau ada masa anis nak upload gambar. banyak-II ! ahaa. 



haa, ada lagi satu kerja ayah/mak offer kat anis. anis da seronok kerja kat situ baru ada tawaran lain yang datang. leceh laa. time anis tengah jadi penganggur tehormat kat rumah dulu jenuh jugak nak cari kerja.haihh, ni da dapat ada lagi tawaran lain. ish ish ish. 



haa,, ni ada story lagi nak kongsi. anis tau result SPM anis macam HAMPEH jee. tapi ayah n mak still nak senangkan anis dengan apa yang anis nak mak/ayah still turutkann. anis rasa anis macam menyusahkan dorang je. tapi anis memang happy dengan apa yang dorang da bagi kat anis. soo,, I LOVE YOU MAK AYAH !! love u all so muchhhh ! 


okayy laa, anis nak get ready kerja petang nanti. kalau ada jodoh anis coret lagi apa yang anis nak coret yeww (hish! apa yang aku merepek ni?) 


assalamualaikum semua.
terima kasih :)

Tuesday 3 April 2012

so sweet......... ^.~

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua!

haa, hari ni  da dua kali anis update blog ni. tengah ada time yang terluangkan, jangan di sia-sia kan. betul tak? hahaa
okay, kali ni anis nak share kat korang gambar budak yang suka meriuh rendahkan rumah anis yang macam nak roboh dibuatnya. pening juga layan perangai dorang. kalau hati/jiwa tak kental boleh jadi "giler" kott. hahai.


okay, ayuh kita saksikan muka kanak2 strawberri yang cute ni :)


yess!! comel tak? bulat betul mata budak ni kan? O_O

adyan dan hana   =_=


hahaa, diorang kena banyak lagi practice (peace) ::) 
Isya dan  Irfan 

yea!!! i like it <3<3<3

hemo hemo, so cute laa Hana

you very cute la brother :)
Azfer, Ammar dan  Fikri !!

NYUM NYUM !! (^.^)

assalamualaikum :)

yess! dah lama x update blog :) see, buruk gilerr ar skins anis. arghhh!! benci benci benci!! sekali buat tah apa-apa jadi. now, not this story yang anis nak citer. anis nak share pictures anis with sedara yang betul-betul giler :) happy je keluar dengan diorang. sebenarnya gambar-gambar ni dah lama and disebabkan dah lama tak cek blog yang dah besawang ini so baru sekarang dapat share kat korang-korang gambar kami yang tak semenggah ini . 
okay!! time 4 sharing is caring :)








okay, korang nampakkan link --> jas4uDotDotDot.blogspot tukan? okay, benda tu tak wujud pun k. ulang lagi sekali, ia tidak wujud sama sekali. harap maklum :)
wait! kalau ada pun itu bukan anis punya yew.

wasalam :)

Sunday 25 March 2012

yess yess yess!! akhirnya :)

hahaaa!

assalamualaikum semua :))


yess!! haa, ni la perkataan yang anis keluarkan time keluar je dari kereta time test lepas :D alhamdullila, gembira sangat bila llulus test JPJ lepas. 'TUAN' jpj tu baik sangat. dah lah hensem oO glabah je time bawa kereta, dia duduk diam je. bosan agaknya  anis tak borak apa-apa dengan dia,, dah tu bawa 40km/jam hahaa. 
lawak laa. 

haa, lepas ni dah tak payah nak pikir pape lagi,, "nak pergi naik apa?"  "siapa yang nak hantar kita?" yaa,, buang soalan b#$@%%? tu jauh2. hamboi anis ni dah bongkak pula dia.... haiya. by the way thanks kat siapa-siapa yang baik hati doakan yang terbaik untuk anis :) appreciated sangat :D boleh la lepas ni hang out dengan kawan-kawan jauh-jauh!! 

kawan-kawan semua (zyha azmy, ain abdullah, cyda ewda, shima ghani, intan liyana, fieza kecik dan syira latif) akanku bawa korang semua jalan-jalan sebelum masing-masing terpisah untuk melanjutkan pelajaran or whatever. (ana thira dan atul khair) nama korang tak disebut b'coz korang dah ada lesen juga. hahaa. so, pandai-pandai la kann ;) 


okay, tu je anis nak kongsi kat korang semua buat setakat ni. 

assalamualaikum :)

Sunday 18 March 2012

menghitung hari!! -,-

assalamualaikum semua :)


okayy, paling latest la kann orang sekarang cerita pasal result SPM bagai nak kluar rabu ni. haih,, memang cuak la kann tak yah citer.


haihh, mesti korang semua target ni kann. tau da. kte doa ramai2 k, pasti kann tahun 2011, SPM kte paling gempak k. aminn :) anis doakan yang terbaik untuk semua <3



okay, ni je nak cakap. kita doa ramai2 k. 
assalamualaikum :)



Wednesday 29 February 2012

perit rasanya. arghhh!!

assalamualaikum semua :(


hmm, hari ni anis nak berkongsi sikit pasal diri anis. huhuu
nak mengadu kat korang bole takk? hehee(ngada2 pulak)
tak ada laa, gurau sahaj. takpa takpa, anis boley settle benda ni sorg sorg :) terror takk anis :3


hmm, ni about pimple yang tak berapa nak comel datang semak dimuka anis yang tak berapa nak lawa niy. huhh
humble nya la budak ni. ngee ^^




bayangkann benda ni anis nak hilang kan, tapi makin teruk pulaa, touching juga dgan muka ni nanti kang. hahaaa
nak tahu tak, kenapa dia makin teruk??
haa, sebabnya idea yang bukan bukan dari kepala hutak budak yang lagi bijak tapi tak berapa sangat ni keluar dengan tak warasnya. jeng jeng jeng!!
nak tahu apa budak ni buat?? hahaa
ada ke patut pi letak ubat gigi sebnyak mungkin pastu pi tepek kat muka, first pakai perghh, sedap je muka ni, berhangin. hahaa


and then bangun je dari tidor yang lena, igat dah kembali normal laa muka ni. last last dia jadi merah merah(melecet laa kiranya) perghh, tak terkata pedihnya ;( nak nangis rasanya.
moral of the story, kalau korg hate pimple yang tak berapa nak cute tuh, jangan laa korg buat kerja yang tak berapa nakk bijak yang telah dilakukan oleh budak yang mmg gila sikit ni yew. kawan kawan yang dikasihi <3<3<3

haa, orang cakap kalau kita buat macam cartoon ni buat acne tu lgi suka nak tumbuh lagi, korang seronok acne tu pun happy jugak :)

anis cerita benda ni semua untuk beri pengajaran kat korg korg yang mmg ada masalah sebegini rupa. hahaa
sorry kalau kalau anis ada tersilap kataa. 
hope korg lebih berhati hati okay :)

hehee, untuk peringatan sahaja, guna laa produk produk yang telah di syorkann seperti OXY ni(wahh,, promote nampak). dan jgan buat kerja gilaa :D

okay
sekian, salam ^_^

Friday 24 February 2012

berita paling latest buletin pun tak kluar kann lagi tau. hahaa. yew yew je anis ni :p



assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu semua :)

okay, korang semua nampak kan gambar di atas tu?? kan kan? kalau tak nampak tu nampak benor nipunya. kuang kuang kuang
haa, ni la yang berlaku kat kawasan rumah anis. benda ni jadi petang semalam(cepat benor update nya)
seram sejuk dibuatnya. mmg time tu cuaca sejuk pun. hahaa
okay, gambar ni baru sikit, tak berani nak amek banyak banyak, takut disambar petir pulak nnti. haih, mulut jahat betui. huhuu

teruk jugak tempat anis kena, ni da macam taufan tau. and benda ni jadi at sini first time tau tau. tu yang agak jakun sikit. hahaa. mungkin ni peringatan yang kat atas kat kita semua. mungkin. anis tak berani nak cakap panjang panjang, nanti orang cakap memandai mandai je budak ni. tapi kann, memang banyak laa kerosakan yang kiteorang kena tanggung. nasib baik rumah anis tak ada jadi pape. 

angin tu kira macam lalu sekejap je at kawasan umah kiteorang tau. hahaa, ni pun at jalan belum habis bersih lagi. eh, anis ni becok betol laa. semua nak di ceritanya. ngee

maaf semua :)
okay ini je kot anis nak cerita. anis pun nak bagi peringatan kat semua yang kita hidup kat dunia ni cuma sementara. banyak kan amal ibadah. jangan sesekali kita lupa melakukan tanggungjawab kita denganNya k sayang :)
mungkin ni baru sikit, esok lusa kita tak tahu. 
okay, bubye
salam semua <3<3<3